Private Charge Print
Fungsi cetakan peribadi ini membenarkan pengguna untuk menyimpan data (secara sementara) dalam mesin penyalin dan melaksanakan tugas cetakan sekiranya wujud permintaan dari panel kawalan untuk mencetak data melalui pengesahan ID pengguna. Berdasarkan kecekapan fungsi berkenaan, pengguna boleh memilih dan menapis tugas pencetakan dengan lebih efisien sekaligus mengelakkan pembaziran dalam mencetak tugas kerja yang tidak diperlukan.
Selain itu, mesin penyalin hanya akan memaparkan tugas pencetakan oleh pengguna ID yang disahkan sahaja bagi melindungi privasi data pengguna. Fungsi cetakan peribadi adalah sesuai dalam menguruskan tugasan cetakan bagi pengguna tertentu yang dikawal sepenuhnya oleh pentadbir sistem. Sebarang tugasan cetakan yang diterima dalam fungsi cetakan peribadi ianya boleh disimpan dibawah pengesahan ID pengguna berkenaan.

Manfaat
- Menyalin dan mencetak tugasan kerja yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran dari segi kertas, toner dan tenaga kuasa.
- Memaparkan tugasan kerja pencetakan bagi pengguna ID yang sah sahaja bagi melindungi privasi pengguna berkenaan.
- Kerja pencetakan yang diterima boleh disimpan dibawah pengesahan ID pengguna berkenaan.
- Mengesahkan dan mengurus pengguna tertentu melalui sistem pentadbiran.


