Tentang Kami

Pengenalan Syarikat


Tricomas Dinamik Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat bumiputera yang berdaftar di Malaysia di bawah akta syarikat 1965. Ditubuhkan dengan permulaan yang sederhana pada tahun 2003 sebagai syarikat pembekalan dan perkhidmatan mesin fotokopi. Kemudian, syarikat ini terus mengukuhkan kedudukan sebagai salah satu pembekal utama mesin cetak digital pra-milik dan baru berstatus bumiputera yang berdaya saing di Malaysia.

Berlatarbelakangkan 15 tahun pengalaman dari sebuah pasukan yang sederhana, Tricomas Dinamik Sdn Bhd terus komited mengembangkan perniagaan apabila berjaya mengorak langkah kepada satu tahap yang lebih dibanggakan. Ini dibuktikan dengan pembukaan beberapa cawangan lain di Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Johor. Sejajar dengan hasrat syarikat demi memastikan mutu perkhidmatan yang terbaik Tricomas Dinamik Sdn Bhd turut mempunyai pusat-pusat perkhidmatan melalui wakil jualan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Dengan pegangan prinsip ‘pengetahuan berteraskan teknologi hijau dan mengukuhkan kecekapan pengurusan’ Tricomas Dinamik Sdn Bhd yakin mampu melangkah lebih jauh dalam bidang ini serta berdaya maju seiring dengan era pemodenan kini.

KORPORAT —

MISI


Misi korporat kami adalah sangat jelas dan ia adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

  • Meningkatkan kedudukan sebagai wakil jualan utama dalam pengedaran produk OKI dan Fuji Xerox MFP.
  • Menekankan teknologi & perisian terkini serta canggih secara mesra pengguna untuk memenuhi keperluan pelanggan dan sekaligus mengembangkan perniagaan dalam industry ini.
  • Menyediakan kakitangan yang berdedikasi demi memastikan kepuasan pelanggan di tahap maksima serta memberikan perkhidmatan dan kepakaran teknikal yang terbaik.
PELANGGAN KAMI—
parallax background

Untuk Maklumat Lanjut

Buy now